Banjir Di Baling Pulih Sepenuhnya, Semua Pusat Pemindahan Ditutup

Gambar Hiasan
BALING - Semua enam pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup dan 109 mangsa terakhir telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir di daerah ini pulih sepenuhnya.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Syamsul Izrin Isahak berkata, keenam-enam pusat pemindahan terbabit ditutup pada 5.00 petang semalam.  

Ketika dihubungi, beliau berkata keadaan cuaca di Baling hari ini baik.  

Keenam-enam pusat pemindahan yang ditutup itu adalah Tabika Gua Reban, Dewan Charok Syikin, Dewan Banggol Derum, Kompleks Belia dan Sukan Batu 42, Dewan Batu 48 dan Dewan Bukit Terabak. - Bernama