Bapa Tergamak Campak Anak Usia 4 Tahun Dari Tebing Tinggi

Lauren Sarene Key
Seorang bapa, Cameron Brown, dilapor tergamak mencampakkan anak perempuannya yang berusia empat tahun dari tebing tinggi selepas diarahkan membayar wang saraan oleh mahkamah.

Sememangnya sejak dilahirkan pada 1996, kanak-kanak itu, Lauren Sarene Key tidak disukai bapanya.

Cameron Brown
Malah Brown memaksa ibu Lauren, Sarah Key supaya menggugurkan kandungan namun Sarah enggan dan tetap mahukan anak tersebut.

Brown kemudiannya meninggalkan Sarah sebaik sahaja Lauren dilahirkan. Namun apabila mahkamah mengarahkan Brown membayar wang saraan kira-kira RM1,000 kepada anaknya, Brown mula bersikap agresif terhadap anaknya.

Pada masa sama, Sarah yang berasal dari Britain telah mengahwini Greg Marer.

Suatu hari Brown membawa Lauren berjalan-jalan dan kemudiannya menghumban budak tersebut dari tebing setinggi 120 kaki.

Brown memberi alasan anaknya itu terjatuh namun polis dan Sarah tidak mempercayainya.

Dia melalui dua perbicaraan di mahkamah dan dilepaskan, hanya perbicaraan pada tahun ini sahaja berjaya mensabitkan Brown dengan tuduhan membunuh anaknya itu.

Meskipun dia didapati bersalah, Brown tidak menunjukkan sebarang reaksi, hanya Sarah yang menangis kerana kematian anaknya itu terbela. –Kedahnews.com