PERSOALAN mengenai status perkahwinan ibu bapa aktres baharu, Zahirah MacWilson baru-baru ini menjadi tanda tanya selepas ibunya memuat naik status ‘ibu tunggal’ di bahagian bio Instagram.
Akhirnya persoalan itu terjawab apabila bapa Zahirah, pelakon era 1980-an, Zainol MacWilson mengakui bahawa dia sudah berpisah dengan isterinya, Maslinda Yusoff.
Enggan bercerita lanjut mengenai punca penceraiannya, Zainol menyifatkan dia sudah tiada jodoh lagi dengan pasangannya yang berusia 41 tahun itu.
Memetik portal mStar, Zainol berkata: “Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda atas tiada persefahaman. Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa.”
“Cuma saya tahu, anak-anak pula yang jadi mangsa gara-gara masalah kami berdua ini,” jelas pelakon yang berusia 56 tahun itu lagi.
Walaupun berhadapan dengan penceraian, namun perkara itu tidak sesekali membuatkan Zainol serik untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu jodoh sekali lagi.
“Orang kata, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi saya tidak serik.
“Sekiranya ada jodoh, pasti Allah akan temukan kita dengan seseorang tidak kira bila-bila masa. Bagaimanapun, saya masih lagi bersedih dengan penceraian ini,” katanya. –Kedahnews.com
Akhirnya persoalan itu terjawab apabila bapa Zahirah, pelakon era 1980-an, Zainol MacWilson mengakui bahawa dia sudah berpisah dengan isterinya, Maslinda Yusoff.
Enggan bercerita lanjut mengenai punca penceraiannya, Zainol menyifatkan dia sudah tiada jodoh lagi dengan pasangannya yang berusia 41 tahun itu.
Memetik portal mStar, Zainol berkata: “Benar, saya sudah bercerai dengan Maslinda atas tiada persefahaman. Selebihnya, saya enggan berkata apa-apa.”
“Cuma saya tahu, anak-anak pula yang jadi mangsa gara-gara masalah kami berdua ini,” jelas pelakon yang berusia 56 tahun itu lagi.
Kenangan hari raya Zainol bersama keluarganya. |