Beckham Berganding Dengan Anaknya Brooklyn Dalam "Charity Game"


Meskipun sudah menggantung but sejak dua tahun lalu, ia tidak menghalang bekas bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham mencurahkan kudrat untuk satu perlawanan amal untuk Unicef.

Dalam perlawanan itu, David bergandingan dengan anak sulungnya Brooklyn, 16.

Perlawanan berlangsung di Stadium Old Trafford, Manchester.

Keputusan memihak pada pasukan yang disertai pakar sepakan percuma, Great Britain and Ireland yang berjaya menumpaskan pasukan Rest of the World, 3-1.


Tiga lagi anak bekas bintang Manchester United iaitu Romeo, Cruz dan Harper turut hadir memberikan sokongan kepada bapa dan abang mereka. -Kedahnews.com