Belum Nikah, The Rock Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan


Pelakon berbadan sado dan bekas ahli gusti profesional, Dwayne ‘The Rock’ Johnson dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama bersama kekasihnya, Lauren Hashian.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram miliknya semalam.

Pelakon utama San Andreas yang sudah berpacaran dengan Lauren sejak 2007 itu turut mendedahkan jantina anak pertama mereka.

I was raised by and live with amazing and strong women, so the universe felt we needed one more… IT’S A BABY GIRL!!

THANK YOU guys so much for the awesome support and love you’ve sent @laurenhashianofficial and myself from around the world. We’re so grateful for this blessing and thrilled to share the news with y’all.” tulisnya.

Sebelum ini bintang yang terkenal dengan nama The Rock itu sudah pun memiliki anak perempuan dengan bekas isterinya, Dany Garcia. –Kedahnews.com