Aril Pilus |
"Vaping" atau menghisap vape nampaknya sudah menjadi trend masa kini hinggakan dapat dilihat perniagaan rokok elektronik itu dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Melihat fenomena itu, penyanyi Aril Pilus turut mendedahkan telah terjun dalam bidang usahawan dengan memilih membuka kedai vape yang diberi nama Celebrity Vaperz Ampang.
Kedai naib juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh ini dikatakan sudah mula beroperasi di Taman Dagang, Ampang sejak sebulan lalu.
Menurut adik kepada Allahyarham Izwan Pilus ini, keputusannya mahu berniaga vape adalah berkait rapat dengan dirinya yang sudah berhenti merokok dan kini menghisap vape.
“Saya sendiri sebagai contoh terdekat sebagai perokok. Saya mula merokok sejak 2012. Saya berhenti merokok pada Januari lalu. Dalam tempoh berhenti itu saya mula berjinak-jinak dengan vape,” katanya yang dipetik dari BH Online.
Dalam perkembangan lain, Aril yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi berkata, dia begitu teruja untuk bergelar bapa.
“Jangkaannya hujung bulan ini. Jantinanya biarlah rahsia dulu,” kata suami kepada Puteri Erma Edlinda ini. –Kedahnews.com