PEKERJA yang melancarkan protes dan mogok di Surabaya, semalam. |
Jakarta - Beribu-ribu pekerja berarak di beberapa bandar di Indonesia semalam dan melancarkan mogok selama empat hari bagi membantah undang-undang baru buruh yang didakwa mengehadkan kenaikan gaji pekerja.
Kesatuan pekerja mendakwa peraturan itu membenarkan kenaikan maksimum 10 peratus gaji bulanan pada setiap tahun sekali gus meletakkan kesatuan di posisi lemah ketika berunding dengan majikan.
“Kami memutuskan untuk melancarkan mogok kerana kerajaan mahu memperkenalkan dasar gaji rendah demi menarik pelabur,” kata Ketua Gabungan Kesatuan Pekerja Indonesia, Said Iqbal.
Menurutnya, selain Jakarta, bantahan turut diadakan di Bekasi, Medan, Surabaya dan di beberapa bandar utama lain.
Menurutnya, lima juta pekerja di seluruh negara akan menyertai mogok selama empat hari bagi mendesak Presiden Joko Widodo (Jokowi) menarik balik peraturan baru yang dikeluarkan Oktober lalu.
Sementara itu, Penyelaras persatuan pekerja Jawa Timur, Sukarji berkata, pekerja dari pelbagai sektor akan menyertai mogok berkenaan.
“Mulai hari ini (semalam) hingga Jumaat, semua pekerja di seluruh negara akan melancarkan mogok.
“Sebanyak 48 kesatuan pekerja di Jawa Timur akan menyertai mogok ini sebagai membantah peraturan baru berkenaan,” tegasnya.
Kerajaan sebelum ini memberitahu, peraturan baru mengenai pembayaran gaji itu mampu mengelak majikan membuang pekerja secara besar-besaran.
Menurut kerajaan, peraturan itu juga memberi jaminan keselamatan kepada perniagaan yang terjejas ketika ini akibat lemahnya kuasa pembeli.
Pertumbuhan ekonomi tahunan Indonesia untuk suku kedua jatuh kepada 4.7 peratus, kadar paling rendah dalam tempoh enam tahun akibat kelemahan eksport dan permintaan domestik yang lembap. -Agensi