Susulam penampilannya yang mencetus kritiakan dari ramai peminat gara-gara dikatakan bertudung umpama rahib Kristian, akhirnya pelakon Nora Danish telah membuat permohonan maaf berhubung kontroversi tersebut.
Nora sebelum ini mengenakan tudung seperti seorang rahib sehingga mencetuskan kekecohan di kalangan peminatnya.
Mengulas perkarai itu, Nora berkata, “Secara jujurnya saya seorang
yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai
rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.”
“Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka,
saya minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di
pentas, tiidak sangka ia kebelakng dan terlihat seperti itu (rahib),”
katanya memetik mStar.
Menyedari ia adalah satu kesilapan, Nora berharap di masa hadapan dia
akan lebih berhati-hati dengan pemakaiannya agar tidak menyentuh
sensitiviti masyarakat.
“Ia silap saya dan InsyaAllah selepas ini saya akan lebih
berhati-hati dalam menggayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila
bertudung,” ujar ibu kepada Putra Rayqal Ramli ini.
Nora, ratu Instagram negara ini sudah mempunyai dua perniagaan yang
diusahakan iaitu Restoran Kopi Xoxo yang terletak di Bangsar dan jenama
tudung OwlShawlByNd. –Kedahnews.com