Bintang Utama "Ayat-Ayat Cinta" Murtad, Keluar Dari Islam?

Rianti atau nama sebenarnya Rianti Rhiannon Cartwright yang popular menerusi filem Ayat-Ayat Cinta dan memegang watak Aisha iaitu isteri kepada Fahri.
Mungkin benar bahawa sekiranya terlalu mengikut kata hati, ia mampu menyebabkan seseorang itu menjadi "buta" apabila menyintai seseorang.

Buktinya, lihat saja apa yang berlaku kepada aktres jelita Indonesia berusia 32 tahun, Rianti, apabila memilih untuk murtad demi mengahwini kekasih hatinya, Cassanova Alfonso Nainggolan.

Rianti atau nama sebenarnya Rianti Rhiannon Cartwright yang popular menerusi filem Ayat-Ayat Cinta dan memegang watak Aisha iaitu isteri kepada Fahri dikatakan telah menukar agamanya secara diam-diam sebelum berkahwin lagi.

Rianti Rhiannon Cartwright
Mereka dikatakan telah berlangsung di Gereja Old St. Patrick, New York, Amerika Syarikat pada 17 September 2010.

Bagaimanapun, hingga kini Rianti masih belum lagi mahu berkongsi mengenai status agama terbaharunya itu.

Rianti bersama suaminya.
Meskipun di Indonesia menghalalkan hubungan "pancasila" di mana pasangan suami isteri bebas untuk menganut agama yang mereka masing-masing percaya, namun ramai yang memilih untuk keluar dari Islam dan memeluk agama kepercayaan pasangan mereka.

Antara selebriti Indonesia lain yang dilaporkan telah menukar akidah ialah Pinkan Mambo dan Happy Salma.

Berita Pinkan telah murtad disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje yang melahirkan kekecewaan kepada media Indonesia.

Difahamkan, penyanyi yang popular menerusi lagu Kekasih Yang Tak Dianggap ini kini telah berhijrah ke Amerika Syarikat.

Sementara itu, pelakon Happy mendakwa tidak akan sesekali bercerita mengenai penukaran agamanya.

Menurut sumber tertentu, Happy dilaporkan memeluk agama Hindu selepas berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus.

Upacara penukaran agama itu dilakukan di Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, Indonesia. -Kedahnews.com