GAGE sebelum menjalani pembedahan. |
Utah - Seorang budak lelaki yang sering diejek kerana mempunyai telinga capang akhirnya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal selepas menjalani pembedahan plastik.
Gage Berger, 6, turut menjadi mangsa buli selama beberapa tahun kini sehingga menyebabkan dia tertekan dan enggan ke sekolah.
Bapanya, Timothy, 31, memberitahu, dia pernah ternampak Gage berdiri di depan cermin sambil menolak telinganya ke belakang.
“Gage fikir telinganya membawa masalah, mungkin sebab itulah dia sering bersedih,” katanya.
GAGE selepas menjalani pembedahan. |
Timothy dan isterinya, Kallie bimbang keadaan itu bakal menjejaskan emosi Gage dan mula membuat kajian mengenai pembedahan kosmetik telinga dan menyerahkan keputusan itu kepada anaknya.
Gage kemudian bersetuju.
Mereka menghubungi pakar bedah plastik Dr Steven Mobley yang mengendalikan Yayasan Mobley untuk Pembedahan Amal di Salt Lake City, Utah.
Selepas prosedur itu, Timothy memberitahu, Gage kini lebih gembira dan mempunyai ramai kawan di sekolah. - Agensi