The Breakup Shop |
New York - Mengambil keputusan berpisah dengan seseorang mungkin sukar dilakukan, tetapi tidak lagi apabila sebuah laman web yang dikenali sebagai The Breakup Shop atau Kedai Perpisahan boleh membantu anda menyampaikan mesej itu.
Anda boleh memilih beberapa cara untuk berpisah dengan pasangan di laman web berkenaan bergantung kepada berapa nilai perpisahan bagi anda.
Satu e-mel atau perkhidmatan pesanan ringkas berharga AS$10 (RM42.83), sepucuk surat berharga AS$20 (RM85.66) dan anda perlu membayar AS$29 (RM124.20) untuk satu panggilan telefon.
Anda juga boleh memilih pek hadiah perpisahan yang bermula pada harga AS$80 (RM342.64) yang lengkap dengan hadiah seperti biskut, kad diskaun atau VCD filem romantik.
Untuk pakej tambahan, anda boleh menambah dua gelas wain dan kad yang ditulis dengan kata simpati.
Laman web itu turut menjual Kotak Simpanan Hadiah Perpisahan yang bertujuan sebagai oven memori.
“Masukkan semua gambar bekas kekasih anda, barang kemas, seluar dalam atau apa sahaja mengenai si dia dan bakar kotak itu,” kata laman web berkenaan.
Breakup Shop ditubuhkan oleh dua beradik kelahiran Kanada, MacKenzie dan Evan.
Mereka berpendapat sekiranya laman sosial seperti Facebook boleh membantu anda mencari kekasih, mesti ada satu lagi perkhidmatan yang membantu menyingkirkan pasangan yang anda tidak suka.
Mereka juga belajar dari pengalaman sendiri apabila ditinggalkan kekasih yang berhenti menghantar mesej kepadanya sebagai jalan untuk berpisah.
“Biar kami menguruskan kerja remeh untuk berpisah supaya anda ada lebih masa untuk perkara yang lain.
“Setiap produk kami dicipta untuk memberi anda ketenangan fikiran selepas mengakhiri hubungan, mengurangkan perasaan tidak selesa dan mendapat lebih peluang untuk persahabatan jangka panjang,” jelas laman web itu. -Agensi