Sebuah rakaman video yang memaparkan kekecohan melibatkan seorang bapa menyimbah air bagi menghalau anak-anaknya kini hangat dan viral diperkatakan di laman sosial.
Difahamkan
dari sumber kami, anak gadisnya yang sedang belajar di Mesir pulang
bercuti di tanahair dan kerinduan terhadap bapanya telah membuat dia
tergerak hati untuk datang bertemu di rumahnya yang turut didiami oleh
isteri baru bapanya itu.
Katanya, sebab untuk menjadi wali itu adalah perkara kedua ekoran dia boleh menggunakan khidmat wali hakim.
Ia adalah sedikit bercanggah dengan cerita yang digembar-gemburkan sebelum ini yang mendakwa mereka datang semata-mata untuk merayu bapanya untuk menjadi wali perkahwinan.
Katanya, sebab untuk menjadi wali itu adalah perkara kedua ekoran dia boleh menggunakan khidmat wali hakim.
Ia adalah sedikit bercanggah dengan cerita yang digembar-gemburkan sebelum ini yang mendakwa mereka datang semata-mata untuk merayu bapanya untuk menjadi wali perkahwinan.
Walau
bagaimapun, sumber kami positif mengatakan bapa kepada empat anak yang
terpisah itu telah menjadi mangsa ilmu hitam, namun kami tidak dapat
mengesahkan sesuatu yang sangat sukar untuk dibuktikan itu.
"Kesan
hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas
berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa
sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda.
"Moga
Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang
meruntuhkan pertalian darah daging," kata individu yang memuatnaik video
berkenaan yang dipercayai merupakan bapa saudara kepada empat beradik
malang itu..
Sementara
itu tampil seorang lagi individu yang mendakwa kejadian itu berlaku
kepada saudaranya sendiri dan mendakwa guru itu telah berubah sejak
berkahwin dengan janda berkenaan sehingga melupakan tanggungjawab
sebagai ayah dan mengabaikan ibu kandung mereka.
Sementara itu, sumber kami turut menjelaskan bahawa mereka sedikit pun tidak menyalahkan bapa mereka atas sebarang tindakan yang dilakukan olehnya memandangkan dia "sakit", terkena "buatan orang".
Diharapkan agar penjelasan kisah sebenar ini dapat memberikan pencerahan sewajarnya tentang apa yang berlaku dan hangat diperkatakan.
Video
itu sehingga kini giat dikongsikan netizen dan menimbulkan persoalan
tentang cerita sebenar yang berlaku melibatkan keluarga terbabit.
–Kedahnews.com
Posted by Kedahnews.com on Monday, November 30, 2015