Inilah troli "malang" itu... |
BEBERAPA bulan lalu, insiden pelanggan bawa anjing dalam troli di sebuah pasar raya telah menjadi buah mulut masyarakat sehingga menyebabkan pihak berwajib menjalankan beberapa inisiatif agar perkara tersebut tidak berulang kembali.
Maka lebih 500 troli dikatakan telah disamak dan penggunaan tanda amaran lebih besar digunakan pihak pasar raya agar pelanggan yang bukan beragama Islam lebih peka mengenai larangan terbabit.
Apa yang boleh disimpulkan, rakyat Malaysia sememangnya memandang serius isu ‘halal haram’ dan netizen di media sosial merupakan antara faktor utama perkara ini dapat diketengahkan.
Bagaimanapun sekiranya haiwan hidup seperti anjing boleh menimbulkan panik kepada masyarakat kerana dibimbangi ianya dicemari najis tanpa disedari, bagaimana pula dengan haiwan mughallazah lain seperti daging babi yang diletakkan dalam troli yang tidak diasingkan?
Seorang netizen bernama Chin Huat Hong menyentuh tentang isu ini, malah berkongsi pengalamannya membawa daging babi dalam sebuah troli untuk menunjukkan apakah risiko yang ditakuti berlaku oleh umat Islam sebagaimana dalam isu anjing sebelum ini.
Bagaimanapun dia mendakwa, perasaan ‘was was’ itu mungkin cuma dirasai oleh umat Islam di Semenanjung Malaysia sahaja dan bukan di Sabah dan Sarawak.
Tak apalah, itu kita komen kemudian. Jom lihat dulu coretan Chin-Huat Wong yang dinamakan ‘hikayat sebuah troli yang malang’.
Kesimpulan: risiko untuk troli terkena sisa-baki daging babi di permukaan bungkusan plastiknya amatlah rendah.
Terima kasih kepada Hong yang begitu prihatin terhadap perasaan kaum Muslim yang begitu takut dengan ‘risiko’ terkena najis yang perlu disertu seperti daging babi hingga sanggup berkongsi pengalaman seperti ini.
Benar seperti apa dirumuskan Hong, risiko troli berkenaan untuk terkena sisa baki daging di permukaan bungkusan plastik amatlah rendah. Namun serendah mana pun risiko itu, ianya tetap sesuatu yang sudah ditetapkan hukumnya dalam agama kami.
Bukan salah Hong kerana tidak faham bahawa apabila ssesuatu hukum sudah diputuskan maka ia tidak boleh diambil ringan semata-mata mengikut arus masa, namun itulah jawapan mengapa orang Muslim cukup menitik beratkan hal halal haram ini.
Maka penyelesaian terbaik bukan menyeru orang Islam ‘meringankan’ sedikit ketakutan mereka terhadap risiko terkena najis anjing dan babi; tetapi memastikan semua rakyat Malaysia menghormati setiap agama dan mengelak isu sensitif seperti ini termasuk pengusaha pusat beli belah dan lain-lain tempat awam.
Pengasingan tempat jualan dan troli yang digunakan berkaitan produk makanan yang haram buat agama Islam adalah solusi tepat. –Kedahnews.com

1 |
2 |
3 |
4 |
Beginilah pengakhirannya troli malang itu, menunggu untuk digunakan semula oleh pengguna lain... |