KUALA LUMPUR - Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan dia mempunyai kira-kira lebih 10 koleksi kereta sorong bayi, hasil pemberian peniaga buat anaknya, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia setahun.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 43, berkata, hal tersebut membuatkan dia akan memastikan anaknya kereta sorong bayi berkenaan secara bergilir-gilir bagi memastikan semuanya dipakai.
"Alhamdulillah, rezeki Aaisyah, dapat merasa pelbagai jenis stroller (kereta sorong bayi).
"Malah saya juga kini menjadi duta kepada jenama Koopers dan daripada pihak mereka sahaja, saya mempunyai lebih lima stroller jenis Easywalker MINI Buggy, yang warnanya berlainan.
"Malah saya akan diberi rekaan paling baharu, di mana orang lain belum pakai lagi," katanya kepada mStar Online.
Rozita ditemui pada majlis pelancaran Easywalker MINI Buggy dan botol susu Umee di Midvalley di sini pada Sabtu.
Konsep pengendalian MINI Buggy berasaskan pengendalian GO KART, di mana ia lebih senang apabila ditolak MINI Buggy juga mampu menampung berat sehingga 20-25 kilogram tanpa beban pada yang menolak.
Mengenai Umee pula, kata Rozita, ia diperbuat dari negara Holland di mana botolnya merupakan daripada plastik daripada bahan paling selamat dan stabil berbanding botol-botol yang ada di pasaran.
"Botol Umee juga menjadi pilihan saya kerana ia sangat senang untuk dibersihkan. Lebih-lebih lagi saya suka melancong dan memerlukan botol susu anak yang sesuai.
"Alhamdulillah, setakat ini, botol Umee adalah yang paling saya sukai. yang penting, ia adalah botol anti kolik," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rozita berkata, pada tahun depan, Aaisyah pula akan menggantikan tempatnya menjadi duta kepada produk Koopers.