"Dah La Tol Mahal, Pastu Sistem Lak Tak Betul" - Pengguna "Touch N Go"

Gambar Hiasan
Penggunaan kad prabayar Touch ‘n Go dilihat semakin meluas selepas pengumuman dibuat bahawa tiada lagi lorong tunai di beberapa tol di Malaysia.

Bagaimanapun, muncul pula cerita kurang enak yang mendakwa sistem pembayaran elektronik ini tidak telus dan menyebabkan kerugian kepada pengguna.

Antara yang berasakan dirinya menjadi mangsa, seorang pengguna Facebook yang mendakwa sistem itu telah mengenakan cas sebanyak RM6 dan bukan harga asal tol yang patut dibayar iaitu RM1.30.

Menurut Fifi Athirah, dia dikenakan lebihan cas sebanyak RM4.70.di tol Semenyih, Selangor.

“Masa lalu lorong Touch ‘n Go untuk pembayaran dia tolak RM6.00 dan baki saya tinggal RM4.10. Sepatutnya ada RM10.10 – RM1.30 = RM8.80.

“Boleh tak saya claim balik ‘RM4.70’ = RM6.00 – RM1.30. walaupun nilainya kecil bagi orang lain, bagi saya pengguna setia tol setiap hari amat bermakna nilai tersebut,” luahnya menerusi laman Facebook.


Jelasnya, mengikut kebiasaan setiap hari dia akan membayar tol sebanyak RM9.80 untuk pulang dan balik kerja, namun akibat insiden ‘overcharge’ tersebut, pergi kerja sahaja bayaran tol yang dikenakan padanya adalah RM9.60.

Kecewa dengan hal itu, Fifi berharap sistem pembayaran diselenggara dengan lebih baik agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Dalam pada itu di laman group Facebook ‘Semenyih’, pengguna turut meluahkan aduan sama tentang perkara tersebut.

Lebih parah, ada yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM56 apabila menggunakan kad Tonch n Go.

Menurut seorang pengguna lebuhraya yang tidak mahu dikenali, kejadian ‘overcharge’ ini kebiasaannya berlaku apabila skrin pada baki Touch n’ Go tidak dipaparkan.

Oleh itu, para pengguna diminta berhati-hati dan sentiasa memeriksa baki Touch ‘n Go anda. –Kedahnews.com