Dakwa Exco PAS "Buat Jahat", Guan Eng Benci Melampau Pada PAS - Khairuddin

Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara tidak langsung telah menzahirkan sikap sebenar partinya apabila secara melampau terhadap PAS apabila menuduh Exco PAS Dalam Kerajaan Negeri Selangor sebagai "cuba berbuat jahat" berhubung isu kenaikan elaun guru-guru Kafa.

Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman yang kesal dengan sikap DAP itu turut berkata bahawa kenyataan Guan Eng itu boleh dinilai ‎sendiri oleh rakyat sama ada PAS benar-benar 'berbuat jahat' atau sebaliknya.

"Kalau usaha PAS Selangor semenjak 2008 ini (memperjuangkan kenaikkan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500) dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh menilai.

"Apakah PAS Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohd Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng semalam yang menyatakan DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS 'tidak buat jahat'.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang Pas melaksanakan dasar yang tidak baik kepada rakyat negeri itu.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya percaya ramai ahli DAP di Selangor masih rasional dan tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. -Kedahnews.com