Shenty Feliziana |
Kecoh diperkatakan baru-baru ini terdapat desas-desus menyatakan wajah pengacara program HLive, Shenty Feliziana dipenuhi kesan luka dan lebam.
Bagaimanapun, khabar angin itu akhirnya terjawab apabila tuan empunya badan sendiri mengaku dirinya telah dikasari.
Trauma dengan kejadian itu, Shenty yang merupakan pelakon dari Singapura bertindak membuat laporan polis di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu atas faktor keselamatan diri.
Menurut Shenty, ketika kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.
“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami.
“Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” katanya yang dipetik dari BH Online.
Namun, beberapa hari selepas kejadian, Shenty memberitahu dia telah menarik balik laporan polis yang dibuat dan memilih untuk memaafkan pelakon lelaki itu sebelum pulang ke Singapura untuk bertemu keluarganya.
Sebelum ini, Shenty pernah dikaitkan dengan pelakon Syazwan Zulkifly. |
“Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis.
“Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung.
“Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.
“Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya,” katanya.
Dalam pada itu, Shenty berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan pelakon tersebut. – Kedahnews.com