"Dia Selalu Ikut Saya Ke Sana Ke Mari, Bawa Beg Dan Fail Saya..."

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Foto: TMInsider
PETALING JAYA - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengeluh tentang dirinya yang lebih dikaitkan dengan keahlian Umno berbanding menjadi 'golongan dalam' dalam Majlis Peguam apabila beliau memegang jawatan Bendahari.

Dalam temubual dengan portal berita The Malaysian Insider, Apandi berkata beliau menjadi ahli Umno dari 1982-1991 dan Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa tetapi tidak pernah menjadi bendahari untuk bahagian itu.

"Dalam Umno, saya menjadi ketua Pemuda bahagian Pengkalan Chepa. Itu saja. Ia tidak ada kena mengena dengan badan perhubungan negeri. Tiada. Jawatan bendahari itu berkait dengan badan perhubungan negeri yang besar. Saya tidak pernah jadi bendahari. Sila padamkan perkara itu dari mana-mana saja.

"Ini tidak betul! Saya tidak pernah, langsung tidak pernah, menjadi bendahari Umno," kata Apandi, 65, sambil berseloroh 'Saya mahu menjerit kepada orang yang menulis biografi itu!"

Apandi, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik sebagai Peguam Negara untuk menggantikan Tan Sri Gani Patail ketika berlakunya kontroversi apabila pegawai penguatkuasa SPRM ditahan atau dipindahkan dan kabinet dirombak berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd.

Apandi menekankan bahawa beliau telah menghabiskan masa jauh lebih lama dalam Majlis Peguam (1991-2003) dan dua penggal sebagai bendahari dan juga pernah bercakap menentang kerajaan apabila mereka salah.

"Saya mangsa persepsi yang salah. Itu apa yang ingin saya katakan. Saya menjadi mangsa persepsi yang salah kerana tempoh pendek saya dalam Umno, di mana saya tidak memegang apa-apa jawatan tinggi, digunakan untuk menyatakan saya seorang ahli Umno dan sebagainya.

"Tetapi dari sisi lain, saya lebih aktif dalam Majlis Peguam dan saya beritahu anda, ada ketikanya kerajaan tidak bertindak betul, dan saya beritahu mereka mengenainya.

"Tetapi jika anda bercakap tentang menjadi bendahari, saya bendahari Majlis Peguam dan saya salah seorang ahli yang memegang jawatan, 'the inner circle' (golongan dalaman). Anda tahu siapa golongan dalaman? Presiden, naib presiden, bendahari, setiausaha. Empat orang. Mereka ini golongan dalaman. Mereka semua boleh menjadi ahli Majlis Peguam, tetapi mereka tidak menyertai perbincangan dalaman. Saya adalah sebahagian daripadanya.

"Pertama kali saya menjadi bendahari, saya mula keluarkan buah fikiran saya. Jadi, mereka semua cuba tutup mulut saya. Marah saya. Golongan dalaman ini. Orang seperti Tommy Thomas dan Sulaiman Abdullah. Saya beritahu anda nama mereka.

"Mereka mahu kenakan saya kerana pada masa itu saya pengerusi Peguam Kelantan. Saya pengerusi Peguam Kelantan selama 7 tahun. Jadi sebagai pengerusi Peguam Kelantan, akhbar kadang-kadang datang dan bertanya saya macam-macam, jadi, saya berikan pandangan saya mengenai apa saja isu yang dibangkitkan. 

"Oleh itu, sebagai Pengerusi Bar Kelantan, kertas kadang-kadang datang dan bertanya kepada saya barang kecil, sebab itu aku memberikannya mengambil saya pada apa sahaja isu itu.

"Sesetengah pandangan saya tidak disukai golongan dalaman Majlis Peguam. Jadi mereka mula menghentam saya dan sebagainya. Jadi, kami boleh dikatakan, menghentak meja. Saya dan Sulaiman. Dan kemudian saya lihat, semua orang memerhatikan apa yang saya katakan, mereka cuba untuk kenakan saya. Kita mempunyai hak untuk bercakap, bukan?," katanya.

Apandi berkata Majlis Peguam juga cuba menutup mulutnya daripada menyatakan pandangan sehinggakan beliau meletak jawatan sebagai ahli pada tahun 2001.

"Orang yang boleh memberitahu semua ini, saya katakan kepada anda, ialah seorang yang sinonim dengan Majlis Peguam, Cik Catherine Eu. Dia masih hidup, ingatannya masih baik, pergi tanya dia. Dia boleh jamin apa saja yang saya beritahu anda," katanya.

"Bercakap mengenai Majlis Peguam, saya berada di Majlis Peguam sebelum orang seperti Ambiga (Datuk S Ambiga), Lim Chee Wee, Christopher Leong dan Steven Thiru. Steven Thiru (presiden Majlis Peguam sekarang) masih merupakan seorang peguam muda apabila saya mengambil petisyen pilihan raya. Dia selalu ikut saya ke sana ke mari, bawa beg dan fail saya," katanya.

Sumber: mStar