Diana Danielle Selamat Bersalin Dalam Air, Farid Kamil Dapat "Baby Girl"

Sekalung tahniah kepada pasangan bahagia Farid Kamil dan Diana Danielle di atas kelahiran anak kedua mereka yang dikhabarkan adalah seorang bayi perempuan.

Sekitar lima hari lalu, Farid Kamil telah memuatnaik gambar mengenai isterinya yang sedang menunggu untuk melahirkan cahaya mata di akaun Instagram miliknya.

Diana Danielle juga tidak ketinggalan berkongsi gambar yang sama di akaun instagramnya.

Selepas itu, khabar mengenai anak yang dilahirkan Diana Danielle ialah perempuan ataupun lelaki langsung tidak dikongsikan oleh pasangan itu.

Selepas ditanya, berita gembira itu telah disampaikan oleh Farid Kamil sendiri.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 oagi di Hospital pantai, Bangsar," umum Farid.


Farid juga memberitahu bahawa, isterinya melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air.

Difahamkan bahawa isteri serta anaknya berada dalam keadaan sihat.

Tahniah kepada pasangan dua sejoli, Farid Kamil dan Diana Danielle atas kelahiran yang menambah seorang lagi umat Muhammad SAW di atas muka bumi ini. -Kedahnews.com.