Diskaun "Gila" Melancong Ke Sharm-El-Sheikh, Ada Berani?


Pengusaha industri pelancongan dan syarikat penerbangan Mesir dilapor telah melancarkan promosi melancong ke Sharm-el-Sheikh dengan kadar yang sangat murah serendah RM1,113 atau £200, kepada para pelancong, khususnya rakyat Britain.

Promosi dengan pakej penginapan di hotel mewah itu dibuat selepas kerajaan Britain dalam kenyataan terbarunya mengisytiharkan lokasi pelancongan tumpuan berkenaan sebagai tempat tidak selamat.


Sharm-el-Sheikh adalah merupakan salah satu lokasi pelancongan tumpuan bagi rakyat Britain yang ingin berehat atau bermandi-manda di Laut Merah.

Bagaimanapun insiden pesawat terhempas di Sinai baru-baru ini yang mengorbankan 224 penumpang dan anak kapal telah menyebabkan lokasi menarik itu mula sepi dari kunjungan pelancong dari serata dunia.


Susulan itu, pelbagai promosi dilancarkan oleh agensi pelancongan dengan kadar diskaun sehingga 70 peratus bagi penginapan di hotel yang dikategorikan sebagai mewah.

Kumpulan agensi pelancongan menyifatkan pengurangan jumlah pelancong yang ketara merupakan sesuautu kejadian "gila".

"Pelancong berasa tidak selamat untuk datang melancong ke Sharm-el-Sheikh," jelasnya berkenaan apa yang berlaku di negara berkenaan. -Kedahnews.com