Fouziah Gous Selamat Lahirkan Anak Sulung

Fouziah Gous
Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Nona, Fouziah Gous yang dilapor telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pukul 11.40 pagi tadi, di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh suami Fouziah,  Zhafran Yusof menerusi laman Instagramnya.


“Alhamdulillah, Isteri saya@fouziahgous sudah selamat melahirkan anak. Terima Kasih atas doa yang dipanjatkan. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh,” tulisnya.

Rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen, selain meneka pasangan ini mendapat anak lelaki berdasarkan penggunaan ayat ‘anak soleh’ dan gambar puting berwarna biru.

Difahamkan, Fouziah dan bayinya kini dalam keadaan sihat walafiat.

Sebelum ini, Fouziah dan suami memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu jantina anak mereka.

Fouziah dan Zhafran mendirikan rumah tangga pada 21 September 2013. – Kedahnews.com