GAMBAR: Balet Pelbagai Aksi Di Tengah Bandaraya Sesak Tarik Perhatian Ramai


Kumpulan The Australian Ballet menjadi tarikan di tengah-tengah jalan raya Beijing yang sesak apabila penari utamanya mengambil peluang bergambar dengan pelbagai gaya yang turut menghiburkan orang ramai yang melihatnya.

The Australian Ballet berada di Beijing serta Shanghai baru-baru ini untuk membuat persembahan di Pusat Festival Tarian Seni Persembahan Kebangsaan dan Festival Seni Sedunia Shanghai.


Ia kali kelapan kumpulan itu dijemput membuat persembahan di China dan antara lain mempersembahkan balet Swan Lake dan versi moden Cinderella.

Kali pertama The Australian Ballet dijemput ke China pada 1980 dan sering dipanggil semula untuk membuat persembahan di seluruh republik itu.







Sumber: myMetro