#GegarVaganza2: Amir Ukays Tersingkir Di Minggu Ke-5, 8 Teruskan Perjuangan

Perjuangan vokalis kumpulan Ukays, Amir akhirnya terhenti di minggu kelima saingan Gegarvaganza musim kedua (GV2) apabila namanya diumumkan sebagai mangsa yang tersingkir semalam.

Amir tersingkir selepas persembahannya mendendangkan lagu Yank nyanyian asal Wali Band gagal menarik perhatian juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah.

Vokalis Ukays itu merupakan penyanyi keempat yang tersingkir selepas Zul Handy Black, Ezlynn dan Sheeda.

Sementara itu, lapan penyanyi yang lain masih berpeluang menunjukkan kehebatang mereka masing-masing dengan mempersembahkan variasi lagu tribute pada minggu hadapan.

Peserta yang masih mampu bertahan merebut gelaran juara GV2 sehingga kini ialah Siti Nordiana, Azian Mazwan Sapuwan, Ezad Lazim, Faradhiya, Nassier Wahab, Haiza, Nizam Laksamana dan Acong Sweetchild.

Konsert mingguan GV2 berlangsung setiap Ahad jam 9 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. –Kedahnews.com