Mungkin tidak keterlaluan dikatakan Fazura merupakan antara selebriti wanita paling cantik yang bertakhta di hati ramai para peminat industri hiburan tempatan.
Kecantikannya itu dikagumi dan tak kurang juga dicemburui ramai pihak di luar sana.
Ketika ditanya mengenai gosip yang paling mengarut pernah didengarnya sepanjang melibatkan diri dalam bidang seni, Fazura, anak kelahiran Pekan, Pahang berkata gosip mengatakan dia membuat pembedahan adalah paling tidak masuk akal sekali.
“Gosip yang paling mengarut pernah saya dengar mengenai diri saya adalah orang mengatakan saya menjalani pembedahan dari hujung kepala hingga hujung kaki dan tiada satu pun di badan saya ini adalah yang asli.
"Mereka cakap saya buat transplan rambut, buat pembedahan hidung, dagu dan punggung. Memang gosip ini menyakitkan saya suatu ketika dulu, tapi sekarang saya gelak je bila mendengarnya,” katanya memetik The Star.
Fazura yang memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia akan muncul dengan program tv Facing Up To Fazura musim kedua yang bakal bersiaran bermula malam ini di saluran Astro 712, jam 10 malam. -Kedahnews.com