#GV2: Imuniti Datuk Seri Vida Selamatkan Acong Tersingkir Dari Separuh Akhir


Acong Sweetchild masih lagi "terselamat" dan bertahan untuk terus mara ke peringkat separuh akhir Gegarvaganza 2 (GV2).

Penyanyi itu berjaya ke peringkat separuh akhir selepas penaja utama program tersebut yang juga pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberikan imunitinya untuk menyelamatkan dia dari tersingkir dari pertandingan tersebut.

Dalam konsert yang bertemakan "RockDut" itu, penyanyi yang mengambil bahagian diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selain juri jemputan, pengarah popular Mamat Khalid.

Turut melangkah ke peringkat separuh akhir bersama Acong ialah Farahdhiya yang mencatatkan persembahan terbaik malam semalam, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Siti Nordiana, Haiza dan Azian Mazwan Safuan.

GV2 menawarkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000 beserta satu single baharu terbitan Astro.

GV musim pertama dimenangi vokalis kumpulan Ilusi, Ayai manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi penyanyi Haleeda dan Mamat Exists. –Kedahnews.com