Thiong Gee bersama Subramanian, wakil Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan beberapa penduduk meninjau keadaan bekas hakisan tanah yang berlaku petang kelmarin. |
KULIM - Belum sempat menuju ke tempat kebiasaan menunggu van kilang, seorang wanita dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang berhampiran longkang kawasan perumahan di Taman Kenari, di sini.
A. Priya, 27, ketika itu sedang berjalan kaki menuju ke longkang berhampiran kira-kira jam 6 petang sebelum berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan pokok berkenaan tumbang.
Adiknya, A. Vinod berkata, kakaknya kebiasaannya keluar menunggu van kilang di kawasan tanah runtuh berhampiran longkang itu.
“Dia terkejut lihat pokok tumbang menggelongsor masuk ke longkang ini. Dia terus berlari dan menjerit memanggil saya serta keluarga di rumah. Nasib baik dia tak sempat sampai di kawasan tersebut.
“Kakak beritahu bunyi tanah runtuh agak kuat dan rasa sedikit gegaran di kawasan tersebut, memang menggerunkan. Saya dan beberapa jiran bergegas ke tempat kejadian dapati pokok tersebut sudah berada dalam longkang itu,” katanya
Manakala, seorang lagi penduduk M. Raja, 25, berkata, sebelum ini sudah tiga pokok di kawasan longkang itu menggelongsor jatuh akibat hakisan tanah.
“Kami bimbang tragedi tanah runtuh ini akan merebak dan menyebabkan rumah berhampiran runtuh pula, kami harap tindakan segera diambil oleh pihak terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Empat, M Subramaniam, 55, berkata, sudah banyak aduan dibuat kepada pihak terlibat sebelum ini namun tiada sebarang tindakan diambil.
“Nasib baik tak ada kemalangan jiwa berlaku apabila pokok paling hampir dengan jalan menggelongsor jatuh ke dalam longkang petang kelmarin,” katanya.
Sementara itu, Adun Kulim, Chua Thiong Gee yang turut meluangkan masa melawat lokasi kejadian menggesa pihak terbabit segera mengambil tindakan.
Katanya, setakat ini sebanyak 10 kes telah direkodkan melibatkan tuan tanah yang kehilangan sebahagian tanah berpunca daripada hakisan.
Sumber: Sinar Harian