Kuala Lumpur - Lebih sembilan puluh wanita warga asing disyaki pelacur dicekup Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) di premis hiburan dan rumah urut, malam semalam.
Ketua Penolong Pengarah Skuad Tektikal 3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata serbuan dilakukan serentak di enam lokasi berasingan.
Katanya, tiga daripada premis berkenaan adalah di Kuchai Entreprenuer Park, Bukit Puchong, Pusat Perdagangan One Puchong dan Taman Usahawan Kepong.
"Dalam serbuan dua jam, berakhir 12.30 tengah malam itu, 99 wanita warga asing ditahan terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Laos.
"Turut ditahan 16 individu warga tempatan dan asing yang disyaki sebagai penjaga premis," katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, semua barang rampasan dan individu yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan selanjutnya.
Operasi itu disertai 36 pegawai dan anggota STAGG serta IPD Sentul.
Sumber: myMetro