Harga RON95 Turun 10 Sen Kepada RM1.95 Seliter Bermula 12 Malam Ini?

Gambar Hiasan
ALOR SETAR - Harga petrol RON95 dikatakan akan turun 10 sen kepada RM1.95 seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Walau bagaimanapun, harga bagi RON97 dan diesel tetap kekal pada paras RM2.25 seliter dan RM1.90 seliter.

Beberapa media online telah menyiarkan kadar harga baru berkenaan sebentar tadi.

Namun kami tidak dapat menghubungi pihak yang berkenaan bagi mengesahkan kadar harga petrol bagi bulan Disember 2015 tersebut. -Kedahnews.com