Hollande Sahkan 127 Mangsa Terbunuh, Perancis Berkabung 3 Hari

Presiden Perancis, Francois Hollande
PARIS - Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan negara itu akan berkabung selama tiga hari berikutan tragedi serangan pengganas pada Jumaat malam yang menyebabkan lebih 120 orang maut dan lebih 180 mengalami kecederaan.

Menurut Hollande, tempoh berkabung tiga hari sebagai memperingati mereka yang terkorban dan menyalahkan militan Negara Islam (IS) atas serangan maut itu.

Dalam  satu ucapan di televisyen, Hollande berkata serangan di tengah-tengah bandar raya itu merupakan satu 'aksi perang'.


Hollande juga mengesahkan seramai 127 orang terbunuh selepas mengadakan mesyuarat tergembar bersama kabinetnya.

Sebelum ini, Hollande mengumumkan negara itu dalam peringkat darurat dan akan menutup semua pintu masuk di sempadan.