Ibu Muda Hamil Ditikam, Dibunuh, Dibelah Perut, Bayi Dilarikan

Pihak berkuasa membawa barang-barang bukti kes berkenaan
Seorang wanita yang sedang mengandung telah ditikam hingga mati manakala bayi dalam kandungannya telah dikeluarkan dalam satu kejadian yang mengejutkan penduduk di Bronx, di New York.

Ashleigh Wade
Menurut laporan media antarabangsa, ibu muda itu Ashleigh Wade yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kedua belah tangannya dan sempat memberitahu menyebut nama wanita yang menikamnya.

Menurut sumber pihak berkuasa,  Angelikque Sutton dikatakan telah menikam ibu muda itu bertubi-tubi di bahagian tubuh dan leher sebelum membelah perut mangsa untuk mengeluarkan bayi yang dikandungnya.

Sutton dikatakan merupakan seorang wanita yang mengalami masalah mental dan terlalu obses dengan bayi yang kemudian ditahan sebagai suspek utama kes.

Suspek itu bagaimanapun menjelaskan bahawa ibu muda tersebut telah menyerangnya terlebih dahulu dan berlaku pergaduhan sehingga mengakibatkan dia menikam mangsa berkenaan sehingga parah.

Melihat keadaan itu, Sutton turut mendakwa bahawa dia cuba "menyelamatkan" bayi yang dikandung Wade setelah melihat ibu muda itu mungkin tidak mampu bertahan lama dengan kecederaan yang dialami akibat pergaduhan dengannya.

Angelikque Sutton
"Dia kata dia nak selamatkan bayi itu", kata sumber berkenaan.

Pihak berkuasa masih lagi meneruskan siasatan terperinci terhadap kes berkenaan dan mendapati bahawa Wade dan Sutton merupakan rakan lama yang bertemu kembali di Facebook setelah terputus hubungan bertahun-tahun sebelum ini. -Kedahnews.com