Ikea Pasarkan "Soft Toys" Hasil Rekaan Kanak-Kanak Seluruh Dunia


Syarikat perabot dan barangan kelengkapan rumah terkenal dari Sweden, Ikea kembali memperkenalkan barisan koleksi soft toys yang mendapat perhatian di kalangan penggemarnya.

Apa yang menarik, kali ini Ikea bekerjasama dengan Ikea Foundation, UNICEF dan Save The Children untuk koleksi Krismas yang bakal menjelang.

Hasilnya, Ikea mengeluarkan soft toys hasil rekaan 10 kanak-kanak terpilih dari seluruh dunia.

Salah seorang kanak-kanak bertuah itu ialah Terrence Wan, 7, yang berasal dari Malaysia.

Lukisan naga Terrence menjadi salah satu koleksi soft toys yang terpilih selepas dia memasuki Pertandingan Melukis Global Soft Toys.

Naga ilham Terrence itu akan dijual di Ikea seluruh dunia termasuk di Malaysia. -Kedahnews.com