Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengadakan kempen Generasi Bebas Rokok dan Vape bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya penggunaan rokok dan vape.
Pemangku Yang DiPertua Persatuan Kesihatan IKRAM, Prof Dr. Oteh Maskon berkata, IKRAM menyokong pengharaman vape kerana ia memberi kesan yang buruk kepada pengguna dalam jangka masa panjang.
“IKRAM Health akan menyokong langkah-langkah dan usaha-usaha ini dengan jalinan serta kerjasama dengan semua pihak. IKRAM lepas telah menubuhkan Unit Bantuan Berhenti Rokok dan Vape untuk kempen ini.
“Vape seperti mana rokok dan produk tembakau lain ada kesan buruk seperti ketagihan, keracunan, kesihatan jangka panjang dan keselamatan kepada masyarakat umum,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Oteh berkata, kempen Generasi Bebas Rokok dan Vape akan disebarluaskan ke seluruh tanah air secara berperingkat dan ia dijalankan melalui cara berhemah.
Katanya, kempen itu juga bagi mengajak umat Islam menghormati fatwa tentang pengharaman rokok dan vape yang telah dibincangkan dan diputuskan secara syarak. –Kedahnews.com