ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 16 pendatang asing tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara dalam 'Ops Sapu' di Jitra, Pendang dan Alor Setar, semalam.
Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata kesemua Pati itu ditahan dalam
operasi bermula 7.45 malam di lima premis perniagaan dan kediaman di
kawasan terbabit.
16 yang ditahan terdiri dari lapan lelaki Bangladesh, tiga lelaki
Pakistan dan warga Mynmar terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita
dan seorang kanak–kanak lelaki berumur tujuh hingga 34 tahun, katanya
dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, anggota Imigresen Kedah turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun kerana melindungi Pati.
Kesemua warga asing itu ditahan di lokap Imigresen, Bangunan
Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar sebelum dihantar ke Depot Tahanan
Imigresen Belantik, Sik, katanya. -Bernama