ISIS Mengaku Dalang Serangan Di Paris, Sahkan Dakwaan Hollande

Presiden Perancis, Francois Hollande
Presiden Perancis, Francois Hollande mendakwa serangan keganasan yang menyebabkan 127 orang maut pada Jumaat, adalah perang yang dilancarkan oleh puak Militan Negara Islam (ISIS).

"Ini adalah perang oleh pasukan teroris, pasukan jihad, Daesh (ISIS) bagi melawan Perancis. 

"Ini adalah perang yang telah dirancang dan diatur dari luar negeri dengan melibatkan orang di sini yang melakukan penyiasatan, sebagai tunjang rencana tersebut," ujar Hollande dari Istana Presiden Élysée Palace, semalam.

Namun demikian, Hollande tidak menjelaskan secara spesifik data diperoleh yang membuktikan keterlibatan ISIS.

Dakwaan Holle disambut satu pernyataan bertulis didakwa daripada ISIS yang mengakui, mereka sememangnya pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.

Pernyataan itu menyebut Perancis menjadi target utama kerana “Perancis telah berani menyinggung Nabi kami, menaikkan isu akan membasmi Islam di Perancis dan menyerang para jihad Muslim dengan pesawat-pesawat (tempur Perancis)”.

“Serangan ini hanyalah satu peringatan buat siapa sahaja yang ingin mendapat pengajaran,” tulis pernyataan itu lagi.

Dalam pada itu, terdapat kenyataan di Twitter dipercayai daripada pihak pro-ISIS yang menyifatkan serangan Jumaat lalu sebagai ‘mukjizat’. -Kedahnews.com