HANYA barang-barang terbaik dan berkualiti tinggi sahaja digunakan. Ikan, ayam, daging, kelapa dan santan, ulaman yang tidak segar langsung tidak dipertimbangkan. Ini kerana matlamat utamanya adalah untuk menghasilkan hidangan nasi kerabu tumis terbaik yang tiada tolok bandingan.
Tukang masaknya bersengkang mata bangun awal pagi untuk menyiapkan segala bahan-bahan ramuan. Kebersihan dan sukatan bahan-bahan yang tepat diutamakan. Hinggakan arang bagi membakar ayam dan daging ditempah khas bagi memastikan isinya masak sekata dan empuk.
Tidak lupa juga segala urusan memasak ini turut diuar-uarkan di laman sosial, jiran-jiran dan kenalan turut dimaklumkan. Akhirnya hidangan istimewa ini siap sepenuhnya dan sedia dihidangkan, kesemua para jemputan sudah kecur mulut, tidak sabar-sabar untuk menjamahnya.
Malangnya, dengan selamba tukang masak itu memaklumkan bahawa hidangan itu bukannya untuk dimakan, tetapi sebaliknya hanya untuk dipamerkan bagi memaklumkan kepada umum bahawa inilah nasi kerabu tumis terbaik. Soalannya, apa perasaan tetamu yang sudah mengerumuni hidangan itu? Kecewa tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia adalah hak mutlak tukang masak berkenaan!.
Minta maaf, senario itu seolah-olah sama dengan fatwa-fatwa di negara ini dalam menjelaskan hukum-hukum yang tidak terdapat dalil dan nas jelas untuk membimbing masyarakat Islam.
Diakui pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang menganggap diri mereka ‘moden dan terpelajar’ apabila tanpa segan silu mempertikai dan mempersenda fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para mufti. Gambaran yang diberikan ialah mufti mengeluarkan fatwa secara semberono..
Secara asasnya terdapat dua kategori fatwa iaitu diwartakan dan sebaliknya. Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dan diwartakan adalah sah dalam kerangka undang-undang negara dan bukannya tidak berperlembagaan
Keadaan ini berlaku kerana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Terengganu berhubung kes Ayah Pin pernah dicabar di mahkamah. Di dalam kes Sulaiman bin Takrib melawan Kerajaan Negeri Terengganu, Mahkamah Persekutuan dihujahkan bahawa fatwa-fatwa mufti yang telah diwartakan itu adalah tidak berperlembagaan dan terbatal. Ini adalah kerana institusi kefatwaan didakwa tidak mempunyai kuasa legislatif di dalam membuat undang-undang.
Itu bagi fatwa yang diwartakan, bagaimana pula dengan yang tidak diwartakan? Difahamkan bahawa beberapa tahun lalu terdapat cadangan untuk mewujudkan model 1Malaysia 1Fatwa yang bertujuan menyeragamkan fatwa di setiap negara. Apa statusnya sekarang?
Perbezaan pendapat akan tetap wujud pada setiap masa terutamanya dalam urusan ijtihad, namun alangkah baiknya sekiranya perbezaan itu tidak dijadikan sebagai penghalang kepada model ini, sebaliknya sekiranya ia dapat diharmonikan, disatukan, diselaraskan nescaya kejayaan itu bakal menjadi cerminan kepada imej dan kewibawaan kredibiliti institusi agama di negara ini.
Sebenarnya terdapat banyak contoh mengenai tiadanya pematuhan terhadap fatwa-fatwa yang dikeluarkan di negara ini, sekadar menyebut sebahagian daripadanya - pengharaman vape oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, pengharaman tarian poco-poco dan larangan penjualan Air Musoffa yang boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, khurafat dan penipuan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 memutuskan bahawa penjualan Air Musoffa secara komersial adalah dilarang.
Kini produk berciri sama masih wujud, cuma nama dan modus operandinya sahaja ditukar. Contohnya seperti produk makanan dan minuman tertentu yang ‘dihafizkan’ dengan bacaan al-Quran.
Lebih teruk lagi kerana pada masa ini terdapat iklan yang tersebar dalam alam maya - kononnya terdapat peniaga vape menjual perisa yang diperdengarkan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran.
Mungkin keberanian mereka membuat lawak itu kerana sedar bahawa fatwa di negara ini tiada ‘taring’. Seeloknya fatwa dikuatkuasakan dan tidak hanya sekadar garis panduan semata-mata.
Kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu melakukan sesuatu yang konkrit. Jika wujud kekangan, permudahkanlah kerana apa yang lebih penting ialah ‘syariah perlu didahulukan, akidah diutamakan’.
Sumber: Utusan