"Islamophobia, Kebencian Pada Islam Adalah Agenda ISIS" – Adam Lambert

Adam Lambert
Penyanyi terkenal, Adam Lambert mengkritik keras sesetengah individu di negara Barat yang terlampau ekstrim membenci umat Islam susulan serangan yang berlaku di Paris, baru-baru ini.

Menulis di laman Twitter, Adam menyatakan pendapatnya mengenai sikap sesetengah orang yang dijangkiti "Islamophobia" itu suka memandang serong mengenai umat Islam.

Islamophobia. Please don’t generalize about Muslims. It’s grossly ignorant. This is the hate ISIS wants to create. Don’t let them win. Think”.

("Islamophobia. Tolong jangan pandang serong terhadap kesemua umat Islam. Ia sangat tidak patut. Ini adalah agenda yang mahu diwujudkan oleh ISIS. Jangan biarkan misi mereka (ISIS) berjaya. Fikir”), tulisnya.


Kebencian orang Barat terhadap umat Islam semakin bertambah selepas insiden World Trade Center diserang pada 11 September 2001.


Sementara itu, media barat pula dilaporkan giat memomokkan propaganda yang menimbulkan persepsi negatif masyarakat di sana dengan berita-berita buruk mengenai Islam sehingga timbulnya terma Islamophobia . –Kedahnews.com