Jaafar Onn Umum Nak Kahwin Dengan Janda Tahun Depan

Jaafar Onn
Pelakon serba boleh, Jaafar Onn, 64, dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang janda awal tahun hadapan.

Difahamkan bahawa wanita yang telah berjaya mencuri hati Jaafar Onn itu berasal dari Johor dan kini berusia 35 tahun.

“Mula-mula kita segan jugalah hendak ke tahap bercinta. Maklum sajalah, umur pun dah berapa, kan? 

"Sangat jauh perbezaan antara kami. Bagaimanapun bila nampak macam boleh pergi jauh, kita berserah kepada ALLAH. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana," katanya yang dipetik dari Utusan.

Jaafar Onn menjelaskan bahawa buat masa kini dia belum bersedia mendedahkan secara terperinci tentang siapakah gerangan wanita pilihan hatinya itu.

"Kami berjumpa semasa saya membuat persembahan di Kulai Jaya. Tanpa disedari, cinta berputik dan awal 2015, saya sudah melamar dia. Seronok!" katanya lagi.


Kata Jaafar Onn, dia mengharapkan agar kehidupannya akan menjadi lebih baik selepas sekali lagi menjalani hidup sebagai suami.

“Mana tahu, selepas hidup berdua balik, boleh jadi lebih baik. Boleh sama-sama melakukan ibadah dan bina hidup baharu bersama-sama,” katanya

Walau cuba "dikorek" media, selebriti veteran itu masih yang enggan mendedahkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwini itu kerana mahu memberi kejutan pada hari perkahwinannya nanti pada awal tahun. -Kedahnews.com