JANIN yang dikeluarkan dari mulut bayi berkenaan. Gambar kanan, kanak-kanak itu sebelum dan selepas pembedahan. |
COLOMBO – Doktor di Hospital Mahamodera di sini, berjaya menjalankan pembedahan membuang janin kembar dari mulut seorang bayi perempuan yang baru lahir kelmarin.
Menurut portal berita Hiru Gossip, bayi itu dilahirkan seorang wanita pada 26 Oktober lalu.
Sewaktu pemeriksaan dijalankan, doktor mendapati sesuatu yang pelik pada muka bayi berkenaan dan mengesyaki ia ketumbuhan menyebabkan wanita itu perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Sebaik dilahirkan, doktor memberitahu mulut bayi terbuka luas dan mengalami sesak nafas serta tidak boleh menyusu.
Pembedahan selama 90 minit dijalankan tiga hari kemudian, bagi membuang ketumbuhan di mulut bayi itu.
Sumber: myMetro