Jep Kuicng Lebih Glamour Dari Manusia Di Dunia Facebook


SEEKOR kucing bernama Jep kini dikatakan popular apabila aksinya yang dikongsikan ramai di laman sosial berjaya menarik perhatian ramai netizen di Malaysia

Kini, dilaporkan bahawa bermula dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak yang sukakan kucing, sebut saja nama Jep, mesti ramai yang kenal dengannya.

Popular atau tidak, namun tahap populariti Jep dibuktikan lebih popular dari manusia di mana boleh dilihat pada jumlah pengikutnya di Facebook yang kini telah mencecah lebih 100,000 like.


Ramai beranggapan, keistimewaan yang menarik pada Jep adalah pada memek mukanya yang selamba.

Tuannya yang dikenali sebagai Ummi pula dilihat begitu rajin memuatnaik gambar-gambar Jep dan mengeditnya hingga ramai yang terhibur dengan telatah kucing tersebut.


Sesiapa yang ingin mengikuti telatah Jep bolehlah follow dia di Facebook ‘Oh My Jep’ dan lihat sendiri gambar-gambarnya yang telah mencairkan hati ramai penggemar kucing itu. – Kedahnews.com