JPJ Guna Motorsikal Berkuasa Tinggi Mantapkan Operasi Jalan Raya


JABATAN Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan beberapa kenderaan baru dalam operasinya bagi memantapkan lagi perkhidmatan jabatan berkenaan.

Menerusi laman Facebook rasmi JPJ, kelihatan gambar beberapa unit motosikal jenis Kawasaki yang dimuat naik dalam sebuah pautan bertarikh 15 November 2015.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu merasmikan majlis pelancaran berkata, sebagai permulaan sebanyak 20 motosikal jenis Kawasaki Versys 650 diserahkan untuk digunakan JPJ Selangor dan Kuala Lumpur, hari ini.


Dalam pada itu, JPJ turut memperoleh aset baharu berupa 80 buah kenderaan pelbagai guna, Honda CRV dan 71 pacuan empat roda jenis Ford Ranger serta 14 Ford Transit hari ini.

Moga dengan aset terbaru ini, semangat dan etika warga kerja JPJ dapat dipertingkatkan.


Sistem perbaharui lesen dan cukai jalan juga harapnya dipermudahkan lagi dan pastikan semua kaunter yang ada dibuka untuk kemudahan bersama. - Kedahnews.com