KUALA LUMPUR - Aktiviti perdagangan dua hala antara ASEAN dan China dijangka berpotensi mencecah AS$1 trilion (RM426 trilion) dan pelaburan hingga AS$150 bilion (RM638.77 bilion) menjelang 2020.
Ia susulan termeterainya Pindaan Protokol Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Komprehensif Kerjasama Antara ASEAN dan China oleh menteri-menteri ekonomi ASEAN dan China pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-sidang Berkaitan di Kuala Lumpur, semalam.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, langkah menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-CHINA (ACFTA) itu, bertujuan memperkemas dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi ASEAN-China.
Ia, kata MITI, adalah sejajar dengan perubahan dalam perdagangan dan landskap ekonomi antara ASEAN dan China, termasuk pindaan kepada perjanjian membabitkan perdagangan barangan, perkhidmatan , pelaburan, kerjasama ekonomi dan teknikal.
"ACFTA telah menyumbang kepada perkembangan pesat perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China.
"Adalah penting bahawa skop dan kandungan ACFTA terus berkembang sejajar dengan ekonomi serantau dan global semasa serta setanding dengan perjanjian perdagangan bebas moden yang lain," kata kenyataan itu.
Protokol itu, jelas MITI, akan memperkukuh dan meningkatkan keberkesanan perjanjian sedia ada bagi merangsang dan memudahkan perdagangan barangan, perkhidmatan, pelaburan dan peningkatan kerjasama ekonomi antara ASEAN dan China.
Sumber: Berita Harian