Kakak Neelofa Nafi Syok Sendiri Bercinta Dengan Sharnaaz

Noor Nabila yang merupakan kakak kepada pengacara MeleTOP, Neelofa Mohd Noor kini hangat bercinta dengan aktor popular, Sharnaaz Ahmad.
Umumnya, ramai para peminat industri hiburan tanahair sudah maklum bahawa Noor Nabila yang merupakan kakak kepada pengacara MeleTOP, Neelofa Mohd Noor kini sedang hangat bercinta dengan aktor popular, Sharnaaz Ahmad.

Menurut Nabila, hubungan mereka yang terjalin sejak lima bulan lalu dibina berlandaskan keikhlasan kedua belah pihak.

Memetik mStar, Nabila menepis dakwaan bahawa dia hanya syok sendiri dalam melayari bahtera percintaan tersebut kerana sering memuat naik gambar kemesraan mereka berdua di laman Instagram miliknya.

"Saya sedar bila saya muat naik gambar kami bersama ramai pengikut laman sosial menyifatkan saya hanya syok sendiri sedangkan hubungan istimewa yang terjalin antara kami lahir secara ikhlas. 

"Saya pernah beritahu dia kalau ada wartawan bertanya tentang hubungan ini, saya akan berterus-terang dan tidak mahu orang beranggapan saya hanya syok sendiri," katanya.

Jika Nabila mengambil pendekatan terbuka dalam berkongsi kisah percintaan mereka, meskipun teman lelakinya itu tidak berbuat demikian di khalayak umum.

Ini kerana menurut Nabila, dia memahami langkah yang diambil Sharnaaz kerana aktor itu sudah serik berkongsi hal peribadinya dengan peminat di luar sana.

Tidak mengapalah Sharnaaz, yang penting peminat dah tahu wanita bertuah mana yang bertakhta di hati anda.

Semoga hubungan pasangan sama cantik sama padan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin, InsyaAllah. -Kedahnews.com