Havila Harmony |
CANBERRA – Kapal ketiga akan menyertai misi pencarian pesawat MH370 ketika usia operasi itu memasuki 13 bulan di Lautan Hindi sempena musim panas di Hemisfera Selatan.
Pencarian Penerbangan Malaysia MH370 dikecilkan kepada dua kapal menunda peralatan sonar semasa musim sejuk apabila kawasan sasaran di barat daya Australia dilanda angin ribut dan ombak kuat.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dalam satu kenyataan pada hari ini berkata, kapal ketiga – Havila Harmony – dijangka meninggalkan pelabuhan Australia, Fremantle, di Perth pada Sabtu dan tiba ke kawasan carian, lima hari kemudian.
Kapal berkenaan dilengkapi dengan kamera video di dalam sebuah pesawat tanpa pemandu. Menurut biro berkenaan, Havila Harmony akan mengkaji rupa dasar laut yang paling ekstrem. – AP