Kekanda Yang DiPertuan Agong, Tunku Hamidah Mangkat.. Al-Fatihah

Al-Marhumah Datuk Seri Tunku Datuk Hamidah Sultan Badlishah
ALOR SETAR - Kekanda kepada Yang Dipertuan Agong, Datuk Seri Tunku Hamidah Sultan Badlishah, 90, dilaporkan mangkat pada 11.50 pagi tadi akibat sakit tua.

Menurut sumber, Al-Marhumah dilapor telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Jenazah Al-Marhumah disemayamkan kira-kira 3 petang hingga 7 malam di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini bagi penghormatan terakhir dan bakal dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada jam 10 pagi esok.

Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah menerusi satu kenyataan media, di sini, turut mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhumah Tunku Hamidah.

"Saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah dan berdoa kepada Allah SWT semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama golongan Shuhadah dan Solihin," katanya. -Kedahnews.com