"Kembar" Seiras Ini Sah Tidak Punya Pertalian Darah

Ciara Murphy dan Cordelia Roberts, kedua-duanya yang berasal dari United Kingdom tidak mengenali satu sama lain sebelum ini.
Kedua-dua gadis ini sama sekali tidak mempunyai pertalian darah namun takdir menemukan mereka di negara asing ketika sama-sama melanjutkan pengajian di Jerman.

Ciara Murphy dan Cordelia Roberts, kedua-duanya yang berasal dari United Kingdom tidak mengenali satu sama lain sebelum ini.

Wajah seiras mengelirukan rakan-rakan yang mengandaikan mereka adalah adik beradik yang menyambung pengajian di universiti sama.

Ciara menyatakan dia sering ditanya adakah dia hadir ke kelab dengan adik atau kakaknya, namun dia tidak mengendahkan pertanyaan itu kerana belum mengenali Cordelia yang kebetulan mempunyai wajah seiras dengannya.

Akhirnya, kedua-dua ‘kembar seiras’ ini bertemu dan sempat mengambil selfie yang dikongsikan di laman Facebook.

Sejak itu, mereka bergelar kawan baik dan tidak dapat dipisahkan sama seperti kembar-kembar lain di luar sana. -Kedahnews.com