Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama Diumum Isnin

Gambar Hiasan
SHAH ALAM – Keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Selangor bagi Sesi 2015 akan diumumkan pada Isnin ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata pengumuman itu akan dibuat di Sekolah Agama Batu 13, Puchong pada 10 pagi.

“Semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tahun ini, seramai 37,826 calon menduduki peperiksaan itu di 491 pusat peperiksaan di seluruh Selangor. – BERNAMA