MUAR – Cahaya mata lelakinya baharu berusia empat bulan dan pastinya kini belum mengerti ibunya sudah tiada, dibunuh manusia bertopengkan syaitan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam Isnin, kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir di sini, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, dipercayai dirogol sebelum dibunuh di rumahnya di Sungai Terap.
Mayatnya ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik selepas polis membuat pemeriksaan sejurus aduan jiran yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah, kira-kira 7 malam.
Polis yang tiba di lokasi kejadian itu mendapati enjin kereta dipercayai milik mangsa tidak dimatikan, manakala pintu kereta bahagian pemandu terbuka.
Mangsa dipercayai dijerut sehingga mati dan dipercayai turut dirogol dan barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit didapati hilang.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa belum disahkan dirogol.
Sumber: myMetro