GAMBAR menunjukkan Tan menahan sebuah kereta mewah yang membawa patung beruang gergasi. |
CHENGDU – Seorang pemandu kereta sport mewah ditahan pihak polis di bandar ini setelah didapati membawa satu patung beruang gergasi di belakang kenderaan itu.
Gelagat pemandu kereta berwarna hijau tersebut turut sempat dirakamkan oleh beberapa pengguna jalan raya yang lain sebelum dimuat naik menerusi laman sosial di China.
Beberapa gambar menunjukkan patung beruang gergasi itu diikat di belakang kenderaan berkenaan sehingga menutup langsung bahagian cermin belakang kereta tersebut.
Anggota polis yang bertindak menahan kereta itu dilihat berbual-bual dengan pemandu berkenaan sebelum dia mengeluarkan kertas saman.
Anggota penguat kuasa itu kemudian dikenal pasti sebagai selebriti tempatan, Tan Qiao yang sebenarnya mengetuai jabatan penerangan polis Chengdu.
Tan secara kebetulan juga merupakan hos sebuah rancangan televisyen bagi mempromosikan aspek keselamatan jalan raya di bandar tersebut.
Keadaan itu menyebabkan ramai netizen beranggapan kemungkinan kejadian berkenaan sebenarnya sudah dirancang lebih awal.
Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan dan meminta orang ramai menonton episod terbaharu rancangan televisyennya itu. – Agensi