Khalwat, Putri Mardiana Dan Pasangan Mengaku Bersalah, Didenda RM3,000


Pelakon kontroversi, Putri Mardiana Zainal Abidin dan pasangan Shahrizam Abdullah, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Atas kesalahan tersebut, mahkamah memerintahkan Putri Mardiana dan Shahrizam didenda RM3,000.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut mengarahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda.


Menurut laporan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu. -Kedahnews.com