Putri Mardiana |
Berikutan itu, mahkamah memerintahkan pelakon filem Ngangkung membayar denda sebanyak RM3,000.
Menurut Putri Mardiana, keputusannya menukar pengakuan kepada bersalah adalah kerana tidak mahu anaknya tertekan ketika mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
“Saya mengaku salah sebab nak tamatkan cerita yang tersebar di media sosial. Lagipun keputusan UPSR anak saya keluar hari ini (semalam). Saya tak mahu dia tertekan,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Pasangannya Shahrizam Abdullah turut didenda selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang sama.
Sebelum ini, Putri Mardiana yang tidak diwakili peguam telah merayu ke mahkamah agar menjatuhkan hubungan ringan kepadannya atas alasan menanggung ibu dan abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) selain tiga anak.
Menurut laporan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu. –Kedahnews.com